Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Pertemuan Mesra Guru dengan Orang-Musang & Persidangan-Nya dengan MAPA dan Raja-Raja Buddha, Bahagian 9 daripada 11

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Hari ini pun, TUHAN beritahu saya… Kerana saya begitu sedih dengan keamanan belum datang sepenuhnya. Hanya yang layak – manusia, orang-haiwan, hutan, pokok, dan gunung – menikmatinya. Saya begitu sedih, selalunya, hingga kini. Jadi hari ini, TUHAN membuat temu janji dengan saya. Perkara pertama yg diberitahu-Nya ialah, “Keamanan Dunia bukanlah tanggungjawab-Mu.” DIA ingin menenangkan saya, berfirman bahawa saya tak harus menyalahkan diri jika tidak seluruh dunia berasa damai kerana itu pilihan mereka. Sama ada mereka adalah daripada pasukan negatif, kuasa negatif yang bekerja untuk memusnahkan dunia, atau mereka sendiri juga sebahagian daripada kuasa negatif, atau mereka ialah orang yang percayai apa-apa saja yang negatif dan tidak beri peluang kepada TUHAN untuk berkati mereka, bantu mereka, tunjukkan Kasih Sayang kepada mereka, atau mereka adalah dari neraka.

Mereka sendiri ialah syaitan. Syaitan dan kuasa negatif bekerja bersama. Mereka ialah entiti yang berbeza tetapi bekerja bersama. Kedua-duanya kejam, jahat, tidak berhati perut, tiada kasih sayang, tiada timbang rasa terhadap sesiapa pun, sehelai rumput pun tidak di planet ini. Jika mereka dapat memusnah untuk mengekalkan atau memperbesar kuasa mereka, mereka akan melakukannya. Mereka ambil tenaga manusia, darah mereka, inti pati spiritual mereka daripada mereka supaya manusia menjadi semakin lemah. Kuasa negatif mengambil semua itu sebagai makanan dan menjadi semakin kuat. Sebab itulah bagi Makhluk Syurga, sangat sukar nak mengalahkan mereka. Mereka lakukannya, mengalahkan sesetengahnya dari sesetengah segi, sesetengah kawasan, sesetengah negara, tetapi bukan semuanya, tidak sepenuhnya.

Segala kesusahan, segala peperangan, segala bencana, segala kecelakaan yang berlaku di dunia ini, saya perlu menunjuk secara langsung pada kuasa negatif di sebalik semua itu. Sebab itulah saya masih menyelamatkan kononnya orang yang berperang, malah penjenayah perang kerana walaupun mereka dicemari oleh kejahatan, itu juga kerana kuasa negatif mahu mereka menjadi macam itu, pada mulanya. Saya cuma rasa sangat bersimpati dengan manusia sebenar yang menjual roh mereka untuk mendapat apa yang mereka mahukan – lebih banyak kekayaan, kemasyhuran, apa-apa saja yang ingin mereka miliki. Saya rasa begitu bersimpati dgn mrk juga kerana mereka begitu mudah terpengaruh, begitu mudah percaya dan jahil juga. Sebab itulah mereka jatuh ke dalam perangkap negatif, kemudian mereka (kuasa negatif) hambakan mereka dan buat mereka menjadi makin hari makin buruk sehingga akhirnya suatu hari mereka menjadi seperti mereka, seperti kuasa negatif. Saya sentiasa cuba bantu mereka, menyelamatkan mereka sebelum hari terakhir itu berlaku kepada mereka. Tetapi kuasa negatif memang tidak takut akan apa-apa pun. Mereka terlalu jahat, terlalu ganas. Tiada apa-apa yang dapat gambarkan sifat tak berperasaan dan tak berhati perut mereka.

Saya dapat menyelamatkan sesiapa saja, pendosa yang paling buruk di dunia ini pun, tetapi mereka mesti biar saya lakukannya juga. Mereka mesti berubah juga selepas itu. Jika tidak, mereka akan kembali ke neraka dalam sekelip mata saja. Sebab itulah saya masih menyelamatkan Trần Tâm tetapi dia tidak bertaubat. Dia akan masuk penjara dan pergi ke neraka tetapi dia tidak percayai itu. Dia tidak percayai apa-apa pun. Dia hanya meniru apa yang orang lain katakan, seperti meniru kata-kata saya, malah meniru perbuatan kehidupan harian saya, apa-apa saja, hanya perbuatan luaran saja, tetapi di dalam, begitu busuk, segalanya sudah dimakan oleh syaitan. Dia tiada apa-apa pun yang tertinggal. Jika dia bertaubat, dia boleh dibaiki dan beransur-ansur kembali kepada situasi normal, hidup manusia normal semula. Kemudian selepas banyak hayat, dia dapat temui seorang Guru yang baik, amalkan Kaedah Quan Yin dan mendapat pembebasan selama-lamanya.

Saya tak dibenarkan utk buat begitu pun. Saya boleh selamatkan dia dari neraka, segalanya dgn beban karma saya sendiri tapi tak boleh buat begitu selama-lamanya Kali terakhir ialah kali terakhir. Tiada lagi. Tiada peluang lagi untuk dia ditebus, menyelamatkan diri kecuali neraka abadi. Saya harap dia dengar apa yang saya katakan dan berubah sekarang sebelum terlambat dan tiada sesiapa pun yg dapat selamatkan dia lagi. Bukanlah kamu bekerja untuk syaitan, kemudian mereka akan naikkan pangkatmu atau apa-apa. Oh, bukan macam itu! Tidak. Mereka tak tahu apa-apa pun tentang kenaikan pangkat, bersifat baik hati, bersikap baik, bagi mereka yang bekerja untuk mereka, bekerja untuk kuasa negatif pun. Mereka tiada roh. mereka tiada kasih sayang. Mereka tidak berhati perut, tak berperasaan, tidak spiritual. Ya Tuhan.

Senarai nama sebenar dan palsu Trần Tâm (Ruma):

Tom Van Tran (Nama lahir)

John Saint (Nama sah sekarang dan digunakan dlm pasport Amerikanya)

Guruji Sagarrumagarmatha (Nama yang lebih disukainya sekarang)

Trần Tâm

Trần Văn Tâm

Trần Văn Út

Huỳnh Long

Trần Út Huỳnh Long

Tâm Trần

Tom Trần / Tom Tran

Guru Tran Tam

Trấn Yăn Tom

Tran Yen Tom

Cậu Út

Ruma

Guru Ruma

Ruma John Saint

Guru RUMA John Saint

Minh Sư Ruma

Minh Sư Trần Tâm

Guruji Ruma

Om Ruma

Sagarrumagarmatha

DAN LAIN-LAIN…

Amaran tambahan: Bùi Tấn Kiệt ialah seorang lagi guru palsu dan pengikut Trần Tâm. Kami percaya bahawa Trần Tâm mengarahkan Bùi Tấn Kiệt supaya asaskan kumpulan spiritualnya sendiri di Âu Lạc (Vietnam) untuk meyakinkan pengikut Hòa Hảo di sana supaya mengikut Trần Tâm. Bùi Tấn Kiệt beritahu mereka bahawa Trần Tâm ialah kelahiran semula pengasas Hòa Hảo, Guru Bermakrifat Terhormat Huỳnh Phú Sổ (vegan). Itu bohong. Bùi Tấn Kiệt juga beritahu orang ramai bahawa Trần Tâm ialah ‘Maharaja Jed’, satu lagi fakta yang tidak benar untuk meningkatkan lagi daya tarikan Trần Tâm bagi komuniti spiritual negara itu. Akhirnya, Bùi Tấn Kiệt secara palsu mendakwa diri sebagai ‘Maitreya Vietnam’.

Oh! Saya terlupa. Tadi saya terlupa tutup rakaman. Saya hampir seperti masuki samadhi. Saya perlu hentikannya sekarang kerana saya masih ada banyak kerja Supreme Master TV untuk dibuat. Rasanya saya perlu rakamkan persidangan dengan TUHAN dan beberapa orang Raja Buddha yang baru saya sebut tadi. Menyiarkannya atau tidak ialah satu lagi perkara tetapi jika saya pertimbangkan untuk hantarnya kepada anda, anggota pasukan dalaman, maka saya tetap perlu merakamkannya. Kita akan lihat. Sekarang saya rasa letih sikit.

Terlalu banyak kerja baru-baru ini, kejadian yang sangat tidak menyenangkan banyak berlaku dan banyak kesakitan bagi orang-anjing saya yang sangat kesian, tidak berdosa. Kami buat sebaik yang boleh untuk bantu dia juga. Sesetengah anggota pasukan yang tahu akannya pun berdoa untuk dia. Saya ucapkan terima kasih kepada anda. Saya ucapkan terima kasih kepada anda semua, anggota pasukan, sesiapa saja yang berdoa untuk orang-anjing saya dgn keikhlasan, kesucian dan kasih sayang Semoga TUHAN berkati anda banyak kali ganda apa yang anda berikan.

dan orang-anjing saya telah pulih sikit sekarang. Mereka hantar maklumat kepada saya tentang beberapa buah klinik, sangat istimewa dan baik. TUHAN SENDIRI tunjukkan kepada saya yang mana walaupun saya ragu-ragu kerana saya rasa satu lagi klinik adalah salah satu yang terbaik di dunia. Itu akan menjadi apa yang saya mahu untuk orang-anjing saya tetapi TUHAN berfirman, “Tidak, yang ini, yang ini lebih baik.” Jadi saya perlu mematuhi firman TUHAN dan ia berkesan! Ia lebih berkesan daripada selama ini orang saya bawa dia kepada begitu banyak doktor tetapi biasa saja. Tetapi dia menjadi semakin teruk, kemudian malah menjadi buta mungkin disebabkan dos ubat, atau mungkin penyakit – dahsyatnya. Orang-anjing yang kesian. Itu menyayat hati saya. Anda tahu akan itu.

Itu hanya salah satu daripada kejadian dalam minggu-minggu belakangan ini. Begitu banyak kejadian menimpa. Mereka tak boleh dapatkan saya, kuasa negatif, jadi mereka dapatkan orang-anjing saya. Tetapi kami akan cuba sedaya upaya untuk memulihkan kesihatannya. Terima kasih, anda semua yang berdoa untuk orang-anjing saya. Semoga TUHAN kurniai anda dengan lebih banyak drpd apa yang anda berikan. Sebenarnya, satu lagi orang-anjing alami sedikit masalah juga, tidak seteruk itu, tidak perlukan doktor, hanya perlukan lebih banyak TLC (jagaan penuh kasih sayang lembut). Jadi saya beritahu pasukan bantuan tentang itu. Dia semakin pulih juga. Itu lebih kepada emosi dan psikologi, bantuan psikologi diperlukan. Saya tak pasti sama ada saya harus tinggalkan bahagian tentang orang-anjing saya ini untuk anda dengar. Saya akan memikirkannya dan tanya TUHAN sama ada DIA mahunya disiarkan atau tidak. Jika tidak, saya akan padamkannya.

Photo Caption: “Pokok Ada di Sini untuk Melindungi, Meneduhi dan Mengindahkan Kawasan”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (9/11)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-08
1 Tontonan
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2026-11-08
674 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-11-08
732 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-07
2256 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-07
5178 Tontonan
Perjalanan Melalui Alam Estetik
2026-11-07
775 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun