Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Hari ini saya menunggu untuk bertemu dengan seorang Raja, seorang lagi Raja dari ufuk yang jauh sekali lagi tetapi tiada apa-apa yg datang pada waktu pagi. Jadi saya tanya Raja Keamanan sebabnya dan Baginda bertitah bahawa MAPA tidak izinkan-Nya mengatur apa-apa untuk saya kerana saya masih belum pulih sepenuhnya daripada kejadian itu, saya tak ingat, dua atau tiga hari yang lalu. Ya Tuhan, saya tak tahu bahawa MAPA boleh begitu prihatin dan ambil berat walaupun DIA suka saya meneruskan kerja-NYA dengan pengaturan Raja Keamanan, tetapi lepas itu, saya minta – disebabkan permintaan saya. Jadi kami adakan persidangan dengan salah seorang Raja yang jauh sekali lagi. Jadi hari ini kita amat bangga dan beruntung bertemu dengan Baginda Raja Buddha Po dari alam We. Po, P-O. Nama Alam itu ialah We, W-E. Berapa jauhnya itu, alam Berketinggian Spiritual, Berkemegahan Spiritual-Mu? Berapa jauhnya itu dari kami, Tuanku Raja Po? “Dalam ukuran dunia-Mu, kira-kira 18 trilion, 900 bilion,” dan sebagainya. Itu saja yang saya ingat kerana angka di belakangnya adalah panjang. Jadi saya berfikir hanya rakamkan trilion dan bilion saja. Trilion dan bilion adalah sangat banyak bagi kita penghuni Bumi. Wau! Bayangkan itu – begitu jauh. Itu dalam jarak tahun cahaya. Itu bukan kilometer seperti dari, entahlah, Paris ke mana-mana saja di Bumi. Mesipun mungkin kita pergi dari Paris ke New York, itu ambil masa berjam-jam dengan pesawat supersonik, mungkin tiga, empat jam. Itu apa yang saya ingat lama dahulu. Dah banyak tahun sekarang saya tidak gunakan pesawat. Di mana-mana boleh, jika tak terlalu jauh, saya pergi dengan bot atau kereta. Trilion, bilion dan juta ini, dan wau… itu dah sangat banyak. Kita tak perlu tahu dengan tepat kerana itu dah agak banyak – lebih daripada yang boleh ciptaan atau teknologi tinggi dunia ini capai. Jadi bayangkan berapa mundurnya kita berbanding dengan planet spiritual yang lain. Nama Baginda ialah Po. Po bermaksud ‘kedamaian’ dalam bahasa mereka. Bukanlah mereka perlu saling berbual seperti kita di sini dalam bahasa manusia. Mereka gunakan telepati dalaman. Kita panggilnya telepati. Nama Alam Buddha spiritual ini, alam Buddha We – ‘We’ bermaksud ‘orang wajar disanjung’. Wau! Saya sendiri suka tinggal di dunia sebegini di mana setiap daripada mereka diakui sebagai orang wajar disanjung dan Raja mereka dipanggil Kedamaian. Tuanku Raja Po, kami amat berbesar hati menyambut Engkau hari ini walaupun Engkau perlu menunggu untuk masa yang panjang sikit kerana khemahku terlalu panas, tak tahan. Di dalam khemahku hari ini adalah sekitar 36.8 (darjah Celsius). Jadi aku cuba cari tempat yang dingin kerana kita tak dapat mengatur pertemuan pada awal pagi seperti biasa, kerana awal pagi akan lebih dingin. Tetapi sekarang aku berada di tempat yang lebih baik, lebih dingin, jadi kita boleh adakan pertemuan secara lebih relaks bagi aku. Bagi Engkau, adakah Kau rasai kepanasan dari planet kami pada ketika ini? “Tidak, tidak. Tidak, kami tidak rasai kepanasan di sini. Kami ada sistem pelarasan sendiri supaya kesejukan pun tidak membekukan kami dan kepanasan tidak menyelar kami.” Woah! Wau! Aku sendiri berharap agar planet Bumi ini ada pahala sebegini untuk mengubah segala jenis cuaca. Kesejukan menjadi selesa. Kepanasan menjadi seperti normal bagi badan. Di Bumi sini pada ketika ini, aku ada baca berita yang mereka laporkan dalam Berita Harian, dan sesetengahnya di luar yang aku tinjau, bahawa negara sejuk yang biasa pun seperti England, contohnya, itu tidak dianggap sebagai negara yang biasanya panas, tetapi minggu ini, mereka kata sesetengah hari terlalu panas. Sesetengah orang tak tahan. Sesetengah orang tidak mampu gunakan penyamanan udara. Banyak orang tidak jangkakan England boleh begitu panas. Seperti 39 darjah pun, itu terlalu panas bagi orang Inggeris kerana kulit mereka sangat halus dan putih. Jadi kepanasan macam itu adalah seperti gurun bagi mereka. Aku turut bersimpati dengan orang England dan negara-negara lain yang alami cuaca ini, gelombang haba, sepanas… hampir seperti Sahara pada sesetengah hari dingin. Ya, Tuan, tetapi jika Engkau berada di dalam kenderaan yang Engkau gunakan untuk buat perjalanan ke sini, Engkau pasti ada alat pelaras udara seperti apa yang kami panggil di sini sebagai penyaman udara? “Tidak, kami tiada alat sebegini di alam kami atau di dalam kenderaan kami. Kami hanya guna kuasa spiritual sendiri untuk melaraskan apa-apa saja yang tidak biasa bagi kami. Seperti cuaca di planet-Mu sini, bagi kami, tiada apa-apa yang berbeza dengan alam kami.” Wau, wau, wau! Betapa baiknya, betapa baiknya. Itu boleh betapa baiknya, jadi kita tak perlu bazirkan begitu banyak wang dan pencemaran udara yang disebabkan oleh penyamanan udara dan seumpamanya. Engkau pasti telah beramal selama entah berapa banyak masa baru boleh miliki kuasa spiritual sebegini. Engkau terasa seperti di rumah sendiri, seperti di rumah kita yang ada penyamanan udara, tidak terpengaruh oleh perubahan cuaca seperti di planet kami. Baru-baru ini, kami alami banyak ribut, banjir dan gempa bumi di mana-mana saja. Agaknya Engkau tiada cuaca yang begitu tidak tetap, tidak selesa atau memudaratkan seperti apa yang kami ada di sini. “Tidak, kami tiada. Di alam spiritual kami, setiap hari seselesa setiap hari. Setiap hari adalah sama. Kami hidup selesa sepanjang masa.” Wau! Aku harap dunia di planet ini akan menjadi seselesa di alam-Mu. Kerana di sini kami ada banyak iklim yang berlainan disebabkan oleh kedudukan dan lokasi negara-negara yang berlainan di Bumi, jadi sesetengah negara boleh sangat sejuk pada musim sejuk dan sesetengah negara akan menjadi sangat, sangat panas pd musim panas atau pd musim sejuk pun Seperti di sesetengah negara dekat gurun atau di gurun, sangat panas. Orang kadangkala tak boleh keluar pada waktu siang kerana matahari menyebabkan mereka rasa begitu tidak selesa, terselar. Rakyat-Mu begitu bertuah adanya Engkau sebagai Pemimpin mereka, Raja mereka, Raja Buddha untuk berkongsi pahala-Mu dan hidup seperti yg kita bayangkan – firdaus. Oh! Ya, dah tentu, Alam Raja Buddha seindah firdaus. Sama ada kita panggilnya ‘Alam Buddha’ seindah yang digambarkan oleh Buddha Shakyamuni sebagai Alam Buddha Amitābha, atau istilah lain untuk Alam Raja Buddha ialah ‘firdaus’. Macam itu, kan, Tuan? “Ya, ya, memang begitu. Ya, ya, memang macam itu. Itu firdaus di mana orang kami tidak pernah alami sebarang jenis kesakitan, penderitaan atau ketakselesaan disebabkan cuaca, kepanasan, kesejukan atau kejadian bencana seperti gempa bumi, cuaca beribut, petir dan hujan lebat atau banjir yang melimpahi tebing sungai atau jalanan seperti itu.” Oh! Ya, Tuan, kami benar-benar berharap tanah ini akan menjadi macam itu. Tetapi dulu macam itu, hampir macam itu sehingga roh-roh dari alam yang lebih tinggi turun ke sini dan mula makan bahan yang bertumbuh di Bumi. Mereka menjadi semakin berat dalam rupa mereka dan bertukar jantina kepada dua atau tiga kategori – lelaki, perempuan, homoseksual atau lesbian, contohnya. Kemudian disebabkan itu, orang menjadi semakin tamak, cuba bersungguh-sungguh untuk kumpulkan segalanya banyak-banyak untuk diri sendiri. Kemudian disebabkan ketamakan, saling berlawan atau dgn perlahan-lahan malah saling membunuh bagi merampas lebih banyak makanan untuk diri sendiri atau tanggungan mereka dan lain-lain. Kemudian secara perlahan-lahan dunia ini berubah menjadi tempat yang kurang selesa, kurang seperti firdaus. Ini menjadi semakin teruk sehingga kami ada dunia yg kucar-kacir seperti apa yang kami ada hari ini. Disebabkan itu, disebabkan ketamakan, disebabkan rasa-rasa yang berlainan, penghuni Bumi menjadi lebih biasa dengannya, jadi mereka cuba dapatkan semakin banyak untuk memuaskan tunas rasa atau ketamakan terhadap keselesaan dan benda yang menyeronokkan. Oleh itu, mereka menarik jenis entiti paling buruk daripada kuasa negatif yang tak tahu apa-apa kecuali mengawal, mengganggu, membuli dan menghambakan orang lain, malah saling memusnahkan, saling membunuh atau saling memunahkan, jadi kami menjadi dunia yang kami ada hari ini, Tuan. Photo Caption: “Hidup adalah Seperti yg Anda Buatnya, Masa yang Cepat Berlalu ialah Masa Berharga”











