Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kagum akan Alam Semula Jadi dan Rakan Haiwan, Bahagian 1 daripada 8

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Hari ini 10 Julai, kira-kira pukul 5 pagi sewaktu saya baru siapkan kerja harian Supreme Master TV, segala jenis kerja. Saya keluar untuk mengambil air hujan bagi mencuci dan… Satu orang-burung kecil yang sangat cantik datang ke depan khemah saya, hinggap di atas ranting kecil pokok bersaiz sederhana, pokok muda. Kebanyakan pokok di sekeliling khemah ini ialah semak muda dan kecil tetapi banyak daripadanya sangat besar dan tinggi, begitu tinggi sehingga kita perlu benar-benar meregangkan leher untuk lihat bahagian atasnya. Orang-burung ini hinggap di sana untuk seketika, kemudian saya perasan. Saya ucapkan halo, melambai dan sebagainya. Itu yang betina. Dia tidak takut dan tidak terbang pergi. Saya tanya dia sama ada dia ada apa-apa mesej atau sesuatu yang ingin disampaikan kepada saya. Dia kata, “Ya.” Dia kata, “Hantu ghairah yang ganggu keamanan telah hilang.” Saya kata, “Terima kasih.” Dia menambah lagi, berkata, “Janganlah risau.” Saya kata, “Tidak, tidak. Aku tidak risau, tak terlalu banyak.” Ada banyak perkara lain yang memenuhi fikiranku, lebih daripada hanya risau, tetapi ia tak berkaitan dengan hantu ghairah yang ganggu keamanan.”

Kemudian dia terbang ke bawah ke atas denai kecil di mana saya mencuci badan untuk waktu pagi, di sebelah baldi berisi air hujan. Dia tidak takut. Dia berada dekat dan ingin minum air yang keluar dari tempat mandi saya. Saya kata, “Tidak, tidak, tidak. Jangan buat begitu. Ia kotor. Ada anak sungai dekat sini, di tepi khemahku. Pergilah minum.” Dia tidak takut. Saya khuatir air saya tidak bersih, dengan kasut berlumpur dan segala-galanya. Jadi saya asyik menghalau dia dan berasa tak sedap hati. Saya kata, “Minta maaf. Jangan minum air ini. Ia kotor. Ia kelihatan begitu berlumpur juga.” Saya rasa begitu tak sedap hati kerana dia baru bawa berita baik kepada saya, kemudian saya halau dia macam itu, begitu biadap dan tidak bertimbang rasa. Saya harap dia faham dan memaafkan saya. Oh! Dia beritahu saya sekarang bahawa dia memaafkan saya. Maksud saya, dia beritahu saya selepas itu bahawa dia memaafkan saya, jadi… tetapi saya masih rasa tak sedap hati. Saya masih rasa tak sedap hati.

Saya hanya rakamkan beberapa perkara kecil. Ada banyak perkara lain yang saya tak dapat rakamkan atau tak boleh beritahu anda. Mungkin lama selepas ini. Dah lama tidak hujan dan air hujan saya di sini telah hampir habis. Harap-harap, mereka kata dalam masa sekitar 10 hari, hujan akan turun – harap-harap cukup hujan supaya saya ada air simpanan untuk digunakan bagi masa yang panjang sehingga hujan seterusnya datang. Saya berfikir nak minta Izin TUHAN sama ada saya boleh jalankan ritual hujan atau tidak. TUHAN beritahu saya, “Tidak.” – bahawa kita tak harus memaksa Dewa Hujan dan Pasukan membuat perkara yang bertentangan dengan pola dunia, sama ada mereka harus turunkan hujan atau tidak dalam situasi dan di kawasan tertentu. Tetapi sekarang ini ada banyak hujan – terlalu banyak di sesetengah tempat, terlalu sedikit di tempat lain dan tiada di tempat lain. Situasi dunia kita memang teruk dan saya tak tahu bagaimana nak beritahu manusia lagi tentang hadkan output karma mereka bagi mendapat pengambilan atau pendapatan pahala yang lebih baik. Itu begitu sukar. Dalam hati saya, ada begitu byk kesakitan dgn saya tak dapat bantu dgn lebih pantas.

Sebelumnya, Raja Sy berkata bahawa Quan Yin (meditasi pada Cahaya dan Bunyi Syurga dalaman) akan bantu buat keamanan menjadi kekal lama. Jadi saya beritahu anda, “Okey, kita akan bermeditasi dan dedikasikan sebahagian daripada waktu meditasi Quan Yin untuk keamanan.” Itu apa yang saya rasa Dia maksudkan. Kemudian Dia beritahu saya, “Tidak, bukan macam itu.” Dia berkata bahawa orang di mana-mana negara atau dunia harus mengamalkan Quan Yin (meditasi pada Cahaya dan Bunyi Syurga dalaman), maka mereka akan mengecap keamanan selama-lamanya Oh! Kemudian saya berfikir, “Wau! Maka aku faham sekarang. Aku lebih faham sekarang.” Kerana saya sentiasa berfikir bahawa saya tak boleh bergantung pada orang di dunia kerana mereka begitu... Mereka telah diracuni dgn begitu dalam, macam telah diberi ubat atau diberi terlalu banyak ubat tidur supaya tidak dapat bangun. Mereka tak dapat dengar apa yang saya katakan walaupun saya bercakap dalam bahasa yang mudah, tidak sukar untuk didengari, tidak sukar untuk difahami. Oh! Saya tak dapat faham mengapa manusia tak dapat memahami kata-kata yang logik, mudah, benar. Itu, agaknya saya takkan fahami. Tetapi saya terlalu sakit hati. Saya rasa begitu sakit hati dgn nasib mrk sehingga saya tak dapat fikir mengapa mereka tak faham lagi. Saya rasa begitu terdesak dalam hati saya setiap hari, ya Tuhan, mereka masih belum semuanya menjadi vegan, apalagi mengikut saya untuk amalkan Kaedah Quan Yin.

Ah! Ya, sekarang saya faham mengapa Raja Sy sebut Quan Yin (meditasi pada Cahaya dan Bunyi Syurga dalaman). Saya ingat Dia maksudkan kita harus lakukan Quan Yin. Itu hanyalah pemikiran automatik bahawa okey, kita perlu lebih banyak bermeditasi untuk dunia kerana Raja Sy sebut Quan Yin, tetapi sebenarnya apa yg maksudkan-Nya, apa yang dikatakan-Nya ialah semua orang di dunia harus mengikut dan amalkan Kaedah Quan Yin. Sekarang saya juga tahu kerana Kaedah Quan Yin kita termasuk cara hidup vegan. Sebab itulah hidup vegan sahaja sudah pun merupakan penyelamat dunia, boleh kata begitu. Tetapi jika anda, semua orang, amalkan Kaedah Meditasi Quan Yin, bangkitkan Diri agung sendiri di dalam dengannya dengan Rahmat TUHAN, maka dah tentu semua kuasa kita bersama di dunia ini akan menjadi, oh, sangat, sangat kuat, sangat, sangat besar! Ya Tuhan, saya tak tahu sama ada hari itu akan berlaku sebelum saya meninggal kerana kali ini saya tak nak kembali ke sini lagi.

Ya, semua Guru tahu bahawa menyelamatkan manusia lebih sukar daripada menyelamatkan orang-haiwan. Orang-haiwan faham dengan lebih cepat daripada manusia tentang logik, berkat, segala jenis sifat baik dan kebaikan. Seperti suatu ketika dahulu semasa saya tidak bertemu dengan orang-anjing untuk masa yang panjang, pergi ke seluruh dunia, berkhutbah dan sebagainya, dan pulang. Apabila saya bawa mereka keluar untuk berjalan-jalan, saya hanya katakan perkara yang sama seperti sebelumnya, kerana ketika saya baru bawa mereka keluar, mereka mengheret saya. Dua orang-anjing mengheret saya. Saya berfikir, “Mengapa ini sekarang? Tidak? Awak dah lupa apa yg aku ajar engkau?” Jadi saya beritahu mereka sekali lagi, “Ingat, tumit, duduk. Jika satunya sibuk membuang air, maka satu lagi akan tunggu, seperti yang aku katakan, tunggu saudara lelaki atau saudara perempuanmu, kemudian kita akan berjalan semula.” Jadi mereka bergilir-gilir menunggu dan sangat bekerjasama,

tetapi saya tiada tuah untuk sentiasa bersama orang-anjing. Jadi apabila saya tiada di rumah, penjaga-penjaga yang berlainan bergilir-gilir menjaga, atau disebabkan pergi ke tempat-tempat yang berlainan, sentiasa ada orang-orang berlainan yang menjaga orang-anjing saya, jadi mereka tidak melatih mereka sebagaimana saya melatih mereka dan orang-anjing lupa akannya, tetapi apabila saya pulang, mereka segera menjadi biasa dengannya semula, pada hari yang sama. Meskipun saya suruh pembantu lain berkata kepada orang-anjing macam itu, mereka segera faham. Mereka tidak menyusahkan atau apa-apa. Asalkan atendan atau pembantu mahu, orang-anjing akan dengar. Mereka akan tahu bahawa kerjasama sangat baik untuk mereka. Tetapi saya tak pasti sama ada, contohnya, jika saya telah lama bersama seorang pembantu dan melatih dia dengan cara yang berlainan, dan orang lain datang melatih mereka dgn cara yang berlainan… ada terlalu banyak jurulatih. Saya tertanya-tanya sama ada mereka masih ingat latihan saya. Mungkin mereka ingat hanya jika saya bersama mereka apabila mereka kembali dan saya ingatkan mereka.

Baru-baru ini, ada dilaporkan kepada saya bahawa orang-anjing saya rasa lebih tenang dan tidak takut lagi sekarang, jadi mereka menjadi lebih cergas dan bersahaja seperti sebelumnya. Pada masa perang, kadangkala saya lihat mereka, kadangkala tidak. Semasa saya tiada di sana, mereka sangat takut, jadi saya perlu banyak bercakap dgn mereka, sangat kerap di dalam dan juga melalui telefon. Apabila saya menelefon, saya suruh pembantu orang-anjing buka iPhone dengan kuat sekali supaya apabila saya bercakap, pembantu dapat dengar dan orang-anjing dapat dengar. Kadangkala saya bercakap tentang perkara-perkara yang berlainan. Saya tak sentiasa bercakap tentang orang-anjing, dengan orang-anjing atau untuk orang-anjing tetapi juga perkara lain, hal rumah tangga, makanan, benda berguna atau hal suri rumah seperti bagaimana menjaga orang-anjing atau belikan mereka selimut panas tanpa tenaga elektrik.

Photo Caption: “Di Dunia Liar, Pastikan Anda Tahu Apa Benda Itu Sebelum Menerima”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (1/8)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-23
1451 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-24
1011 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-25
610 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-26
48 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2026-07-26
26 Tontonan
Perjalanan Melalui Alam Estetik
2026-07-26
41 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-26
48 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-25
623 Tontonan
Filem Pendek
2026-07-25
195 Tontonan
Perjalanan Melalui Alam Estetik
2026-07-25
339 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-25
610 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-24
8626 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-24
867 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun