Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kagum akan Alam Semula Jadi dan Rakan Haiwan, Bahagian 2 daripada 8

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Apabila saya menelefon, saya suruh pembantu orang-anjing buka iPhone dengan kuat sekali supaya apabila saya bercakap, pembantu dapat dengar dan orang-anjing dapat dengar. Kadangkala saya bercakap tentang perkara-perkara yang berlainan. Saya tak sentiasa bercakap tentang orang-anjing, dengan orang-anjing atau untuk orang-anjing tetapi juga perkara lain, hal rumah tangga, makanan, benda berguna atau hal suri rumah seperti bagaimana menjaga orang-anjing atau belikan mereka selimut panas tanpa tenaga elektrik. Ya, memang ada selimut panas tanpa tenaga elektrik untuk orang-anjing atau malah untuk manusia. Itu gred angkasa lepas. Jadi jika anda mahu orang-anjing anda kekal panas, anda tak perlu beli selimut elektrik.

Jangan berikan selimut elektrik kepada orang-anjing anda Pembantu saya beli itu sebelumnya tanpa memberitahu saya. Apabila saya dengarnya, saya kata, “Tidak, tidak, bawanya pergi dari situ. Itu terlalu berbahaya kerana orang-anjing mungkin terkencing di atas selimut elektrik, atau mungkin mereka asyik menjilat diri, atau semasa mereka minum air, air menitis ke mana-mana saja dan bawanya ke atas selimut. Ini tidak selamat.” Jadi kami bawanya pergi dari situ. Saya suruh mrk bawanya pergi dari situ. Sekarang anda boleh beli selimut panas tanpa palam untuk orang-anjing.

Selain beri mereka air sejuk atau malah sedikit ais di dalam air utk buat mereka kekal dingin, di dalam rumah yang dingin, rumah berteduh atau dengan penyaman udara, kipas dan lain-lain, anda tetap boleh berikan pad pendingin kepada mereka, pad yang apabila anda sendiri duduk di atasnya, terasa sangat dingin, bersama dengan peranti lain yang anda ada untuk membuat orang-anjing kekal selesa.

Jika anda boleh biarkan orang-anjing berada di dalam bilik atau di dalam bilik anda yang ada tingkap yang besar, lut sinar, maka biarkan mereka berada di dalamnya kerana mereka akan suka melihat ke luar pada pokok, rumput dan bunga di taman, atau jika anda tinggal dekat dengan hutan, di dalam hutan atau sesuatu macam itu. Kerana orang-anjing biasanya tinggal di hutan. Mereka dijinakkan sejak sangat lama dahulu lagi – masa yang sangat lama dalam sejarah. Mereka telah menjadi biasa bersama manusia. Sekarang pun, tinggal di kondominium atau pangsapuri, mereka suka lihat pemandangan jika boleh. Jadi jika anda ada bilik yang begitu terang, cerah, berilah itu kepada mereka, sekurangnya pada siang hari bersama anda di mana mereka dapat melihat ke luar – langit, matahari, pokok atau orang yang berjalan ke sana ini di luar pun.

Jika anda tak dapat beli pad panas ini, tilam panas, sangat nipis dan sangat ringan, jika anda tak dapat beli pad panas dengan sebarang cara, anda boleh gunakan pemanas tangan ini untuk diletakkan di bawah cadar atau selimut mereka, selimut musim sejuk, cadar musim sejuk, bukan terus pada badan mereka kerana mungkin ia melecurkan bahagian sensitif mereka seperti perut, contohnya, yang tidak berbulu. Itu apa yang saya lakukan untuk orang-anjing saya. Walaupun saya tiada di sisi mereka, saya pastikan mereka ada semua itu, apa-apa saja mungkin.

Jika terlalu panas, jika anda mampu beli penyaman udara, maka anda berikannya kepada mereka, hanya yang sementara saja pun, seperti penyaman udara mudah alih. Ia agak hebat. Jika anda tak nak pasang penyaman udara sebenar, menggerudi dinding dan sebagainya, mungkin terlalu banyak kos, terlalu banyak bunyi bising dan terlalu banyak masa, ada jenis penyaman udara mudah alih baharu – ia agak baik. Anda malah boleh letak penyaman udara itu di luar dinding atau di luar tingkap jaring, hanya pasang paip menembusinya dan udara sejuk akan masuk, dan ada satu lagi hos untuk menyedut udara panas dari bilik anda. Udara panas itu bergerak melalui penyaman udara. Ia menjadi sangat dingin. Jadi ada banyak benda hari ini yang kita syukuri atas memilikinya, sangat mudah dan baik. Orang-anjing tak perlukan kemewahan tetapi perlukan keselesaan, perlu berasa selamat dan rasa disayangi, rasa mereka berumah. Hidup mereka akan gembira sebagaimana kamu mahu mereka gembira.

Orang-anjing adalah cantik dalam hati. Maksud saya orang-anjing, -kucing, apa-apa saja yang anda pilih atau kebetulan angkat. Mereka semua gembira bersama penjaga mereka. Mereka rasa anda ialah ibu bapa mereka. Maksud saya dalam erti kata fizikal, tetapi dlm erti kata spiritual, mereka tahu. Mereka tahu siapa kita. Mereka tahu siapa mereka. Mereka lebih jelas daripada manusia tentang status spiritual setiap orang. Mereka juga tahu mereka bersama dengan siapa dan mengapa mereka bersama mereka. Mereka akan taat, macam sehingga mati baru kita berpisah. Dalam banyak kes, lagi taat daripada pasangan hidup, atau hubungan kawan karib dan banyak hubungan yang lain.

Orang-anjing, -kucing, -burung, -itik, -angsa, -ayam belanda, oh, anda sebut sahaja. Orang-tupai, -skunk pun, segala jenis orang-haiwan yang anda rasa mereka tak tahu apa-apa pun, bahawa mereka hanyalah haiwan – tidak, tidak, tidak. Mereka makhluk yang sangat mulia dan cerdik. Kebanyakan drpd mereka datang kpd anda atau memilih anda secara sengaja kerana mereka ada misi, sama ada untuk lindungi anda, kasihi anda, sembuhkan anda, buat anda rasa ditenangkan dan dikasihi, atau mereka bawa tuah kepada hidup anda, bawa perubahan baik ke dalam sistem hidup anda.

Banyak perkara dapat dilakukan oleh orang-haiwan, cuma secara fizikal, mereka tak begitu berupaya seperti manusia, tetapi secara tidak nampak, secara spiritual dan di dalam, mereka ialah bantuan yg sangat baik kpd manusia, sesiapa saja yang jaga mereka dengan baik Jadi jika sesiapa menjaga orang-anjing dengan buruk, kejam terhadap mereka atau mendera mereka dan sebagainya, oh, mereka sangat tidak sedar akan tuah mereka adanya orang-haiwan di sisi mereka kerana orang-haiwan sangat, sangat berkuasa. Jika anda ada kuasa psikik, anda akan nampaknya. Cara mereka bekerja secara tak nampak di sebalik badan fizikal adalah sukar dipercayai. Mereka malah dapat lihat siapa ialah siapa kerana mereka dapat baca aura, dapat baca tenaga yang banyak manusia tak dapat.

Tidak kira apa pun, mereka bawa tuah ke dalam kehidupan manusia. Mereka taat. Mereka bantu anda dengan banyak cara berlainan yang anda harap anda ketahui. Mereka takkan bercakap besar tentang bantuan yang mereka lakukan untuk anda. Begitu banyak perkara, orang-haiwan, orang-haiwan di hutan pun, jika anda kebetulan dekat dengan mereka atau baik terhadap mereka, mereka juga akan menjaga anda secara tidak nampak dan melindungi anda dengan banyak cara. Orang-haiwan dapat mengurangkan penyakit anda, meningkatkan kegembiraan, keyakinan anda, malah kecerdasan anda dan cara hidup anda yang lebih pemurah. Jika anda berhubung dengan mereka, mungkin anda dapat lihatnya.

Oh! Seperkara lagi, saya juga tanya orang-anjing saya sama ada mereka lebih selesa atau tidak, dengan keamanan telah datang, telah dekat dan secara rasmi, mungkin tak lama lagi. Mereka kata, “Ya.” Ya, mereka gembira. Sebab itulah mereka tak begitu melekat dan berada di satu sudut tetapi sekarang mereka berjalan dengan yakin, berlari dan gembira. Sangat yakin, sangat pasti kendiri dan ceria. Saya begitu gembira untuk mereka. Saya begitu gembira untuk banyak orang-anjing lain yang mengetahui ini juga.

Suatu ketika yang lalu, saya tanya kumpulan orang-anjing saya mengapa mereka begitu suka bersama saya walaupun penjaga orang-anjing saya menjaga mereka juga. Setiapnya jawab secara berbeza: contohnya, YW berkata: “Kerana kebaikan hati sukar nak cari.” TY kata: “Engkau selamatkan nyawaku. Ia milik-Mu.” SZ kata: “Oleh sebab Engkau selamatkan seluruh keluargaku, jadi Engkau ialah wiraku. Aku kasihi Engkau.” RN pula berkata: “Engkau kawan penyayangku,” dan lain-lain... Saya tidak tanya orang-anjing yang lain. Agaknya mereka akan katakan perkara yang serupa. Baru-baru ini TY sakit teruk dengan masalah genetik. Saya minta TUHAN supaya izinkan saya menanggung karma-Nya sebaliknya tetapi TY berkata: “Tidak, tidak, janganlah buat begitu. Engkau dah ada karma dunia yang besar...”

Saya ingin menunjukkan kepada anda banyak perbualan antara saya dengan Raja-raja tetapi saya masih tak dapat lakukannya. Saya baru selesaikan beribu-ribu foto yang memerlukan perhatian saya sejak tahun lalu lagi. Dah lebih setahun ia disimpan dalam kamera saya tetapi saya tiada masa yang mencukupi untuk uruskan semuanya. Saya uruskan sekali-sekala di sana sini tetapi baru-baru ini saya telah selesaikannya, sebenarnya sebahagian daripadanya. Saya tidak menyunting. Saya hanya menyunting secara kasar tetapi tidak sepenuhnya. Saya juga tak rasa begitu gembira kerana dalam kamera saya, gambarnya terang dan cantik tetapi apabila saya pindahkannya ke PC untuk dihantar dan PC itu hantarnya ke satu lagi PC bagi disiapkan untuk disiarkan, ia tidak kelihatan sama. Ia kelihatan macam hanya 30% daripada warnanya atau 50% daripada kualitinya. Sangat banyak kali saya nak berhenti. Saya rasa sangat sedih dan kecewa. Itu salah satu sebabnya foto itu begitu lama tidak disunting, tetapi baru-baru ini, beberapa hari yang lalu saja, beberapa hari yang lalu, saya selesaikan kumpulan terakhir. Ada 1,040 atau sesuatu macam itu, lebih kurang, sekurang-kurangnya lebih 1,000. Itu kumpulan terakhir. Ada begitu banyak, sentiasanya.

Kebanyakan masanya, itu ambil masa yang begitu panjang, begitu banyak gambar. Saya tak saya saya merungut tentang kerja. Saya boleh pergi mengambil gambar sepanjang hari. Saya takkan rasa bosan jika saya dapat temui sesuatu yang baharu dan cantik. Itu banyak jam apabila saya dapat keluar dan mengambil gambar, sangat banyak jam, dan balik dengan banyak ratus atau lebih daripada banyak ribu, tetapi saya tak sentiasa ada masa untuk buat begitu. Jadi sekali-sekala jika saya dapat keluar dan lakukannya, ia akan tahan untuk setiap hari, untuk masa yang sangat panjang sehingga saya ada kumpulan seterusnya untuk diberikan kepada mereka.

Photo Caption: “Sesetengahnya Sangat Sibuk Cuba Mendapatkan Lebih Banyak Benda tetapi Kehilangan Semuanya, Termasuk Nyawa Akhirnya. Sesetengahnya Bertumbuh Secara Senyap Selama Beratus-ratus Tahun dan Lebih”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (2/8)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-23
1451 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-24
1011 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-25
610 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-26
48 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2026-07-26
26 Tontonan
Perjalanan Melalui Alam Estetik
2026-07-26
41 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-26
48 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-25
623 Tontonan
Filem Pendek
2026-07-25
195 Tontonan
Perjalanan Melalui Alam Estetik
2026-07-25
339 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-25
610 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-24
8626 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-24
867 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun