Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Perbualan dgn TUHAN Yang Maha Esa, PALING Berkuasa, Maha Berkuasa, MAPA kita, bermula pada sekitar pukul 10.20 malam, 2 September 2026. Dari pukul 10.20 bercakap dengan TUHAN hingga pukul 3 lebih apabila orang-musang datang, kemudian bermulanya perbualan musang itu. Perbualan dengan TUHAN ada beberapa topik. Jadi ini senarai beberapa mesej yang dirakamkan, sebenarnya secara menulis – oleh saya, daripada saya. Apabila saya berkata kepada anda, “Baiklah, sekarang saya perlu pergi mengadakan persidangan, pertemuan dengan MAPA, Triniti dan beberapa orang Raja Buddha,” saya tak boleh beritahu anda semuanya. Jadi saya hanya pilih sesetengahnya yang mungkin tak terlalu sensitif. Sesetengahnya difirmankan oleh TUHAN yang Maha Berkuasa, sesetengahnya dititahkan oleh Raja Buddha. Saya menulisnya tetapi tak sentiasa ingat untuk menulis Siapa menitahkan apa. Maafkanlah saya. Baiklah, yang pertama yang saya pilih untuk beritahu anda ialah, “Keamanan Dunia adalah Milik-Mu.” Biar saya ingat Siapa yang menitahkan itu. MAPA yang firmankan itu. Yang kedua yang dipilih adalah, “Mulai sekarang, Engkau akan bebas daripada hantu ghairah.” Biar saya ingat Siapa yang titahkan ini. Raja Buddha Keamanan keluarkan kata-kata sebegini. Yang ketiga ialah, “Keamanan telah tiba.” Saya tertanya-tanya Siapa yg titahkan ini. Saya tak ingat. Oh! Yang seterusnya. Baginda bertitah, “Demi keselamatan, biarlah orang-anjing berada di ruang depan untuk Engkau.” Seolah-olah saya ada ruang. Seolah-olah saya ada ruang untuk orang-anjing saya. Barangkali Mereka katakan ini, bahawa saya harus melakukannya tetapi situasi taklah begitu ideal untuk ada orang-anjing di depan. Ruang depan pun, saya tiada ruang. Mereka bertitah, “Setiap malam, jika boleh.” Suasana agak sejuk pada waktu malam – tak tahu bagaimana mengekalkan kepanasan badan orang-anjing. Kadangkala saya rasa negara yang saya diami sekarang ini seperti gurun. Pada siang hari, begitu panas. Pada waktu malam pula, begitu sejuk. Ini situasi yang lawak betul. Yang seterusnya yang saya pilih untuk anda ialah: Raja Buddha Keamanan menyatakan bahawa Baginda ingin hindarkan hantu ghairah. Jadi saya kata, “Baiklah, aku akanmasukkan mereka ke dalam penjara.” Maksud saya, ke dalam penjara neraka, kurung mereka, berikan apa yang mereka perlukan tetapi tidak biar mereka keluar. Yang seterusnya… Satu, dua, tiga, empat, lima. Sekarang ini nombor enam, satu lagi. “Demi keselamatan-Mu, letaklah orang-anjing di depan pintu setiap malam” Saya ada nampak sesuatu jenis orang atau lelaki yang menyelinap di sekeliling di mana mereka tidak harus. Maksud saya, mereka berjalan di mana mereka tidak harus, di mana tiada jalan, di mana tiada urusan untuk dia berjalan di sana, agak dekat dengan khemah saya tapi saya boleh bersembunyi, tak mengapa – banyak pokok. Yang seterusnya ialah... Oh! Siapa itu? Biar saya lihat Siapa yang menitahkan itu tentang orang-anjing setiap malam. Siapakah itu? Raja Buddha yang mana? Ah! Raja Buddha Kemudaan mencadangkan itu. Yang pertama yang dicadangkan adalah hampir sama. Saya dah lupa yang mana. Biar saya lihat sama ada saya ingat. Ya sama, Raja Buddha Kemudaan. Raja Buddha Kemudaan bertitah dua kali. Nampaknya Baginda sangat risau tentang keselamatan saya. Terima kasih, Tuan, Tuanku Raja Buddha Kemudaan. Yang seterusnya ialah... Biar saya lihat. Seterusnya ialah nombor tujuh yang saya pilih untuk anda. “Mulai sekarang, keamanan akan tertumpu.” Siapakah Raja Buddha itu? Siapakah yang menitahkan ini? Raja (Buddha) yang mana? Oh! MAPA beritahu saya itu. Barangkali sekarang ini… nombor lapan. Nombor lapan – dititahkan oleh Baginda Raja Buddha Persahabatan. Baginda titah, “Keselamatan diutamakan. Dia mahu Engkau kurangkan beban lawan…” Oh, wau, cara bercakap ini! “...dengan bantuan saintifik.” Jadi saya kata, “Ya, Tuan, baiklah, jika boleh, jika sesiapa boleh buat begitu.” Kerana saya tak tahu apa-apa pun tentang keselamatan dengan cara saintifik ini. Saya tak dapat uruskan semuanya daripada komputer pun. Saya hanya dapat menerima apa yang sudah mereka sediakan dengan baik, dicantas – dicantas dan dipotong, segalanya baik, kemudian saya hanya tekan beberapa butang dan ia keluar. Kemudian saya akan menyemaknya. Saya membaca pruf, membetulkannya atau memadamkan sesetengah maklumat yang tidak perlu atau tersalah letak. Jadi itu saja yang saya tahu. Saya tak dapat hantar e-mel pun. Saya tak tahu nak hantar e-mel kepada siapa, sebenarnya. Saya tiada kawan rapat atau apa-apa. Semua anggota pasukan saya, saya perlakukan secara sama. Saya hanya bekerja bersama dengan beberapanya dengan lebih rapat dari segi menghantar dokumen yang sudah disediakan. Saya hanya tahu di mana nak tekan butang dan mereka akan hantarnya kepada saya. Saya tak dapat sendiri hantarnya pun. Ada terlalu banyak anggota pasukan, saya tidak dapat, tidak mengetahui semua e-mel mereka. Saya tak tahu mana-mana pun kecuali beberapa orang yang bekerja bersama saya dengan rapat. Bukan di sisi saya, mereka malah berada di negara lain. Kami hanya buat di mana boleh, apa yang boleh buat masa ini kerana pasukan kami tersebar di negara-negara yang berlainan, tempat-tempat yang berlainan atas sebab keselamatan. Terlebih berhati-hati. Tak mengapa. Orang kata lebih baik mencegah daripada mengubati. Saya telah berada di dunia ini untuk sangat, sangat, sangat, sangat banyak hayat dan telah alami banyak kesakitan, kedukaan, gangguan dan buli. Itu bukan secara fizikal. Itu jenis halangan spiritual. Dari segi fizikal, ada agak banyak hayat yang menyakitkan juga. Kebanyakannya tak dapat melaksanakan Misi TUHAN hingga akhir hayat saya. Mungkin nyawa dipendekkan sebanyak separuh, dua pertiga atau satu pertiga daripada hayat itu. Jadi hayat ini, saya lebih berhati-hati. Itu saja. Mungkin terlebih berhati-hati tetapi lebih baik daripada kurang berhati-hati. Jadi Raja-raja Buddha ini sangat risau tentang saya. Mereka mahu… Baginda – itu Raja Buddha Persahabatan yang bertitah tetapi Raja Buddha lain bersetuju juga. Bukanlah hanya satu Raja Buddha bertitah untuk diri sendiri, kemudian tiada orang lain yang berikan pendapat. Tidak, Mereka semua bersama-sama, bekerja bersama. Satu Raja Buddha menitahkan sesuatu, yang lain bertitah seterusnya. Mereka sehaluan, jadi memang bersetuju dengan itu. Tiada pertikaian atau pergaduhan dalam mesyuarat ini, seperti sesetengah jenis perhimpunan politik. Mereka semua sehaluan. Mereka bergilir-gilir memberikan pendapat dan idea. Jadi Raja Buddha Persahabatan, oh, cara Baginda bertitah adalah dengan bahasa Inggeris yang agak, agak, sangat, sangat luar biasa, sangat tinggi, saya rasa. “Keselamatan diutamakan. Raja (Buddha) Persahabatan mahu Engkau... mahu Engkau kurangkan beban lawan…” Ya Tuhan, saya tak pernah terfikir itu. Saya tak pernah terfikir nak mengekspresikan diri macam itu. “...dengan bantuan saintifik.” Jadi saya tak tahu apa lagi yang nak dikatakan. Saya kata, “Ya, baiklah. Jika itu dapat dilakukan, itu akan baik untuk aku. Cuma aku sendiri tak tahu bagaimana.” Seperti yang saya dah beritahu anda, saya ada dua telefon yang berfungsi saja, kalau-kalau satu telefon tidak berfungsi, kerana kadangkala di kawasan saya tenaga elektrik terputus. Bukanlah setiap hari ada sinaran matahari, jadi saya tak sentiasa ada tenaga elektrik yang mencukupi. Jadi saya perlu gunakan telefon untuk hubungi pasukan kerja saya. Kami ada banyak pasukan tetapi saya tak bekerja bersama semua pasukan. Saya bekerja tetapi tidak secara langsung. Saya hanya hantar balik apa yang saya terima kepada mereka tetapi melalui pasukan lain. Kerana saya tak tahu bagaimana mengendalikan segala kerja muat naik dan muat turun ini. Saya dah agak bangga dengan diri sendiri kerana sebelumnya saya tak dapat menjejaki kembali tetikus pun. Dia lari ke mana-mana saja dan saya tak tahu ke mana dia dah pergi. Sekarang saya tahu. Saya dapat menjejakinya kembali, buatnya kembali ke kawasan saya. Saya dapat memahami beberapa perkara, seperti cara gerakkan tetikus ke mana supaya saya dapat menulis sesuatu dan perkara lain… tahulah. Adalah membosankan memberitahu anda. Anda tahu lebih drpd apa yang saya tahu. Jika saya beritahu anda apa yg saya tahu, rasa bangga dengannya, anda akan mengetawai saya. Baiklah, sekarang, “bantuan saintifik”, saya tak tahu bagaimana, memang. Saya hanya bersetuju dengan semua Raja Buddha, Triniti dan MAPA kita tetapi saya tak tahu bagaimana melawan balik juga kerana saya tak tahu apa-apa pun tentang kebaikan sains. Ada satu lagi. Saya tulis dengan kecil sekali di sini. Sebab itulah saya tak nampaknya. Itu seharusnya nombor sembilan. Ya, seharusnya nombor sembilan. Ia nyatakan bahawa Raja Buddha Kemudaan menzahirkan rasa bimbang sekali lagi. Baginda bertitah, “Keselamatan-Mu,” bermakna keselamatan saya, “Keselamatan-Mu ialah...” Oh! Bukan Baginda yang bertitah, cuma seluruh jemaah berkata, “Keselamatan-Mu ialah tugas Raja Buddha Kemudaan.” Oh! Saya terkejut apabila mendengar itu kerana saya ingat Raja Buddha Kemudaan tiada dalam kumpulan perlindungan. Kita takkan bayangkan Raja Buddha Kemudaan akan buat apa-apa berkaitan perlindungan, pengawal keselamatan atau malaikat pelindung. Saya tak sangka Baginda boleh mengatur semua itu. Tapi dah tentu, Baginda ialah Raja Buddha. Raja-raja Buddha dapat buat banyak kerja. Mereka tak perlu hanya buat apa-apa kerja yang kita rasa Mereka buat. Mereka dapat buat segala jenis kerja. Mungkin Baginda agak muda dan memahami trend masyarakat hari ini dan cara menangani isu tidak selamat. Baginda juga tinggal di planet ini, jadi dekat dan lebih memahami kejadian di planet ini, kejadian berbahaya atau kejadian keselamatan, cara melindungi orang – saya, contohnya. Jadi itu saja. Apa yang saya baca kepada anda ialah sebahagian daripada perbincangan dan keputusan dalam perhimpunan sebelumnya. Baiklah, terima kasih, sayang, anda semua yang bekerja dengan rajin, tidak bersyarat, penuh kasih sayang dan baik. Jumpa lagi. Kita semua bersyukur kepada TUHAN atas segalanya yang dikurniakan-Nya kepada kita dan juga atas membolehkan kita membuat kerja yang baik. Syukur kepada Engkau, TUANKU. Semoga Engkau sentiasa sejahtera, ceria dan bangga dengan anak-anak-Mu. Semoga kami langsung tidak berpeluang untuk singgung perasaan-Mu, buat Engkau rasa susah hati, melukai perasaan-Mu, buat Engkau rasa tidak senang, sedih, susah hati atau kesal dengan sebarang cara kerana mencipta kami. Semoga Engkau sentiasa ceria, gembira seperti yang TUHAN seharusnya. Syukur kepada Engkau, TUANKU. Amin. Photo Caption: “Kedamaian yg Diberkati di dlm Hutan”











