Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Pertemuan Mesra Guru dengan Orang-Musang & Persidangan-Nya dengan MAPA dan Raja-Raja Buddha, Bahagian 10 daripada 11

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Banyak perkara yang bawa keseronokan kepada saya telah dikunci. Saya tak dibenarkan untuk sentuhnya, buka kuncinya atau nikmatinya. Saya telah beritahu anda sebelumnya, tadi, setengah jam yang lalu, dalam audio ini. Saya juga tidak dibenarkan untuk beri makan kpd orang-burung dan -tupai, mana-mana orang-haiwan yang saya nampak kerana itu perbuatan yang akan beri keseronokan kepada saya juga, beri kegembiraan kepada saya. Tetapi saya tak peduli kadangkala. Saya menyeludup keluar sesuatu untuk mereka dan mereka makan. Saya berikan air kepada mereka apabila cuaca panas, tiada air. Semua anak sungai sudah menjadi kering. Jadi saya menyeludup keluar sedikit air. Saya tidak tanya lagi. Saya kata, “Hukumlah aku jika Kau perlu. Aku tetap berikan air kepada mereka. Itu muktamad.” Tetapi itu, dah tentu, tidak seberapa saja bagi saya. Ia tidak menenangkan saya sama sekali. Mungkin satu milimeter saja kerana saya tak boleh beri makan kepada mereka. Kadangkala saya memang cari alasan juga Saya kata, “Ini hanyalah baki. Jadi tak mengapa membuangnya di luar macam itu.” Jika tidak, saya tak dibenarkan untuk membuat apa-apa yang buat saya rasa gembira secara rasmi.

Ya Tuhan, saya beritahu anda tentang antara perkara ini sekarang ini. Saya tidak beritahu anda sebelum ini. Itu supaya anda tahu juga kalau-kalau anda ingin menjadi seorang Guru. Fikirkannya. Lama dahulu, hampir permulaan [Misi saya], sejak permulaan lagi, pada waktu saya baru bermula banyak tahun yang lalu, saya dah tahu boleh berapa menyeksakannya bagi seorang Guru, kehidupan penuh pengorbanan. Jadi pada masa itu, saya terima arahannya dengan berat hati kerana saya berfikir ini akan keterlaluan bagi mana-mana manusia tahan, menjadi seorang Guru untuk ajarkan semua ini dan itu. Saya sangat teragak-agak tetapi terima dengan berat hati akhirnya kerana saya tidak mahu sesiapa menderita sebagai seorang Guru lagi.

Saya berfikir manusia ada Buddha di dalam diri mereka, ada TUHAN di dalam diri mereka, mereka boleh menjaga diri. Mereka seharusnya dah tahu akan begitu banyak khutbah, banyak kitab, banyak buku suci yang ditinggalkan oleh Guru-guru. Mengapa mereka tidak belajar dan amalkannya? Amalkannya dan bukan merasuahi Buddha di atas altar, malah merasuahi Buddha kayu dengan bunga dan buah-buahan atau apa-apa saja yang lain, malah bubuh daun emas nipis pada badan Buddha hanya untuk mendapat pahala, ini dan itu dan lain-lain. Ya Tuhan! Anda rasa Buddha adalah untuk apa? Mereka adalah untuk anda beri rasuah? Jika dalam hati anda benar-benar hormati dan percayai Buddha, maka anda tak perlu berikan apa-apa pun kepada Baginda. Anda tak perlu berikan apa-apa pun kepada Bodhisattva Quan Yin. Anda tak perlu berikan apa-apa pun kepada mana-mana Bodhisattva, Buddha. Anda tak perlu merasuahi Nabi Isa atau mana-mana Guru dgn apa-apa pun. Mereka tidak perlukan apa-apa pun tetapi memang perlukan satu benda: anda menjadi bermakrifat supaya boleh bebas daripada penderitaan, sangat jauh dari neraka. Itu apa yang Mereka perlukan.

Jadi jika anda boleh ada seorang Guru dan menjadi benar-benar bermakrifat, maka itu hadiah terbaik, hadiah terbesar yang boleh anda berikan kepada Buddha, Nabi Isa dan mana-mana Santo yg lain pada masa lalu, masa sekarang dan masa depan, belum kata lagi anda menyelamatkan banyak generasi masa lalu dan dapat berkati generasi akan datang juga serta berkati dunia dengan pahala anda juga kerana anda bekerja bersama orang di dunia. Anda gunakan produk bersama-sama. Anda berada di dunia yang sama. Anda menghirup udara yang sama, makan makanan yang sama, gunakan benda memudahkan yang sama. Jadi jika anda benar-benar sangat bermakrifat, anda akan bantu mereka semua, sama ada anda tahu akannya atau tidak, sama ada mereka tahu akannya atau tidak. Macam itulah di Alam Semesta. Anda baca semua kitab atau dengar Guru bercakap, anda akan tahu ini adalah macam itu. Satu orang bermakrifat – minimum sembilan generasi dibebaskan, diselamatkan dari neraka juga. Jadi ini bergantung pada anda, orang tersayang anda adalah baik, berada dalam kedudukan yang baik dari segi rohani atau tidak.

Rasanya saya dah selesai sekarang. Saya dah letih sikit kerana bekerja sepanjang hari dari awal pagi hingga pukul 10 malam, tidak berhenti, kecuali makan cepat-cepat sambil bekerja pada masa yang sama. Jika tidak, jika saya bekerja saja, saya tiada masa untuk makan. Sesetengah hari adalah macam itu. Sekarang rasanya saya akan ucapkan selamat tinggal, maksud saya secara fizikal Secara rohani, kita sentiasa bersama. Jadi saya letih sikit sekarang. Saya akan berehat sekejap, kemudian perlu terus bekerja kerana semalam saya berhenti awal untuk bertemu dengan TUHAN, jadi saya tertunggak. Saya perlu berehat sekejap supaya lepas itu saya dapat membuat kerja dengan lebih efisien.

TUHAN berkati anda semua. TUHAN kasihi anda semua dan TUHAN lindungi anda semua. Semoga dunia kita selamat. Semoga orang berpatah balik dan mengenal mereka bersifat TUHAN semula kerana kita berasal daripada TUHAN. Sekurang-kurangnya kita pasti ada sebahagian drpd TUHAN di dlm diri kita. Anda melahirkan anak pun, dia ada sebahagian daripada anda, keturunan anda, DNA anda, sifat anda. Jadi berapa jauh lebih banyak lagi jika TUHAN melahirkan kita? Jika tiada satu TUHAN yang melahirkan kita dan semua ciptaan di dunia ini, anda rasa mereka datang dari mana? Mrk tak boleh datang drpd tiada apa pun. Meskipun anda kata seperti sayuran dibuat daripada air serta unsur ini dan itu, tetapi siapa mencipta semua ini pertama-tamanya? Jadi jika TUHAN melahirkan kita, kita pasti ada sifat TUHAN di dalam diri kita, sama ada kita mengenalnya atau tidak mengenalnya kerana kita telah diracun, telah dibius sehingga menjadi lupa, tetapi ini tak bermakna sifat itu telah hilang.

Contohnya, jika seorang putera benar-benar diraja dan dilahirkan di istana, tetapi diculik dan ditukar dengan kanak-kanak lain, tetapi di dalam darahnya dia ialah anak raja dan ada jenis darah yang sama dengan raja. Hari ini mereka dapat buktikannya. Faham? Jadi hanya dalam hidup duniawi manusia pun, kita tetap boleh ada keturunan darah yang sama dengan ibu bapa kita. Mana boleh kita tiadanya, keturunan TUHAN daripada Yang Maha Tinggi? Saya akan biar anda fikirkan itu, ingatkan diri tentang siapa diri anda dan cuba kembali kepada kedudukan keturunan Diraja spiritual itu, kedudukan anak TUHAN. Boleh berapa lebih agung lagi anda? Anda ialah putera istana TUHAN. Anda ialah putera yang dihormati oleh semua Syurga. Anda adalah agung dan begitu hormati orang lain juga. Meskipun mereka tidak diinisiasi, itu kerugian mereka, namun kita tahu bahawa mereka ada TUHAN di dalam. Mereka ada Roh di dalam. Mereka ada Sifat Buddha di dalam, seperti yang dikatakan oleh Buddha.

Baiklah, dengan itu, saya ucapkan semoga anda sejahtera. Kita bersyukur kepada TUHAN atas peluang ini untuk berbakti. Semoga anda semua banyak diberkati dan terus berbakti kepada TUHAN dengan segala kemurnian hati. Amin. Syukur kepada Engkau, TUAN. Syukur kepada Engkau, TUANKU. Semoga Engkau sejahtera juga. Semoga Engkau tiada terlalu banyak penderitaan, melihat anak-anak-Mu mengikut jalan yang salah. Aku cuba sedaya upaya untuk membuat apa-apa saja yang boleh untuk bawa mereka kembali kpd Engkau. Aku buatnya dgn cara-cara yang berlainan Semoga Engkau izinkan aku terus melakukan itu. Semoga Engkau berkati kami semua bagi bekerja untuk Engkau. Semoga Engkau ampuni semua pendosa dan menaikkan mereka. Amin, TUAN. Amin. Amin. Syukur kepada Engkau, TUANKU. Syukur kepada Engkau, TUHAN Yang Maha Tinggi. Syukur kepada Engkau, TUHAN Yang PALING Berkuasa. Syukur kepada Engkau, TUHAN, Yang PALING Pengampun, Yang PALING Pemurah, Yang PALING Berbelas Kasihan. Syukur kepada Engkau, TUAN. Syukur kepada Engkau, TUANKU. Semoga Engkau sejahtera. Semoga Engkau dicintai. Semoga Engkau dipuja. Semoga Engkau dipuji.

Photo Caption: “Bersyukur dengan Rendah Diri dan Bergembira dgn Hidup yang Dikurniakan”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (10/11)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-11-09
773 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-09
3159 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-08
712 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-08
1 Tontonan
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2026-11-08
1252 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-11-08
1345 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-07
567 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun