Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Temu Ramah Media dengan Mahaguru Ching Hai (vegan), Bahagian 6 daripada 12

Butiran
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, Guru bincangkan muzik dan kerohanian serta kebolehlaksanaan mengadakan program anugerah hiburan.

Saya suka akan hujan kerana hujan adalah seperti mesej yang dihantar ke bawah sini dari Syurga. Apabila hujan turun, itu juga seperti jambatan yang menghubungkan Syurga dan Bumi, jadi saya memang suka akan hujan. Saya sering dengar bunyi hujan dan menunggu hujan bersama dengan anak murid saya. Sebab itulah saya menulis lagu ini.

Ke mana-mana pun engkau pergi, Ingatlah akan aku apabila hujan turun. Sayang… Saya telah batuk selama berbulan-bulan sekarang. Pasti memekakkan telinga mendengarnya. (Tidak, suara Guru sangat merdu.) (Suara Guru memang merdu.) Ya Tuhan, saya begitu banyak batuk! (Suara Guru sangat merdu. Guru dapat capai not rendah dan tinggi.)

Engkau tahu pasti betapa sunyinya aku, Hujan bangkitkan kenangan terhadap Negeri jauhku. Mengenangkan awan, air, ORANG

‘NGƯỜI’ adalah dalam huruf besar, ditulis dengan huruf besar. ‘NGƯỜI’ merujuk kepada TUHAN, MAKHLUK SUCI. (Itu kedengaran merdu.) Ah! Lebih kurang macam itu, masih ada banyak lagi. (Ya, dan Guru dah letih juga hari ini.) (Baiklah, kami akan pergi sekarang.) (Okey.) Pergi cetak surat khabar? (Terima kasih banyak-banyak, Guru!) Okey, sama-sama. (Terima kasih, Guru.) Saya ada begitu sedikit masa saja. Jika tidak, jika kamu suka akan muzik, saya boleh duduk di sini sepanjang hari, bernyanyi untuk kamu dan mendeklamasikan puisi juga. Saya suka berbuat demikian. Kamu suka dengar deklamasi puisi tak? (Ya, saya suka.) Kamu suka akan puisi, kan? (Ya, dah tentu kami suka.) Ah! Jadi kamu memang suka akannya.

Lagu itu ‘Người Tình’ (Kekasihku) juga boleh dideklamasikan sbg puisi. (Ya.) Oh! Apa lagu Âu Lạc (Vietnam) yang satu lagi itu sekali lagi? “Apabila Dia berbisik ke telingamu” Saya menyusun lagu itu mengikut gaya Twist. Itu lagu Âu Lạc (Vietnam) tetapi versi Inggerisnya bergaya Twist.

Apabila Dia berbisik ke telingamu Ke telingamu, ke telingamu, ke telingamu, ke telingamu Lagu Kasih Sayang sejak zaman dahulukala, zaman dahulukala, zaman dahulukala

Apabila bernyanyi, kita perlukan muzik. Tanpanya… Bernyanyi macam ini terlalu bosankan. Kamu tergesa-gesa sekarang? Kamu nak pulang ke rumah, kan? (Tapi Guru belum makan lagi, kan?) Mainkanlah muzik dan iringi saya sementara saya nyanyikan lagu itu. Biar saya nyanyikan lagu Twist itu untuk orang-orang ini.

(Tapi Guru belum makan lagi, kan?) Huh? (Guru belum makan…) Tak mengapa. Saya makan supaya boleh makan ubat, bukan kerana… Beberapa hari ini, saya tidak… kerana saya tidak makan pada masa yang tetap. (Ya.) Biasanya saya makan satu hidangan sehari. (Ya.) Satu hidangan atau mungkin satu setengah atau dua hidangan, sesuatu macam itu. Sekadar cukup untuk sepanjang hari. Saya kecil, jadi tidak makan begitu banyak. Berbadan kecil pun boleh menyusahkan, huh? Pakaian saya pun… (Saiz paling kecil.) S (kecil) tambahan. Saya tak banyak makan atau minum juga.

Kamu ada apa-apa untuk dibuat tak? Jika tidak, boleh duduk di sini seketika. Okey? Jika kamu sibuk, tak mengapa juga (Tidak sama sekali. Ya.) Tong (…), Tong (…). (Okey, suruh mereka datang ke sini.) Suruh mereka sediakan beg berisi hadiah utk semua orang. (Baiklah.) Tong (…) tahu lebih tentangnya. (Okey.) (Yang ini paling mudah, kan?) (Yang paling mudah.)

Saya akan nyanyikan lagu Twist dan beri sedikit kejutan kepada lelaki budiman ini! Kamu ingat amalan spiritual akan menjemukan dan membosankan, kan? Amalan spiritual di sini memang menyeronokkan! (Sebenarnya pada zaman dahulu, Konfusius pun menekankan upacara dan muzik.) Ya, betul, betul. Muzik paling senang menjangkau hati orang. (Muzik harus mengiringi upacara.) Sekarang saya berfikir mungkin saya harus menjadi penyanyi, huh? Memandangkan mereka takkan dengar apabila saya bercakap, baik saya bernyanyi kepada mereka. Nyanyikannya supaya ia benar-benar masuki minda, huh? (Ya.) Ada banyak lagu yang baik. (Mahal sikit, kan?) (Ya.) Ya. (Papan nada ini adalah mahal, kamu tahu.) Bagi puisi-puisi itu, kamu boleh menyiarkan mana-mana saja yang kamu suka. (Ya.) Saya telah menulis banyak lagi tetapi saya dah lupa akannya sepenuhnya. Begitu banyak. (Ada orang yang boleh bantu bekalkan puisi Guru. Sebab itulah Guru perlukan pembantu akhbar.) Oh! Macam tu. (Bekalkannya kepada semua orang.) Saya cenderung utk lupa akan perkara juga

(Guru telah terbitkan begitu banyak buku.) (Banyaknya.) Tidak, anak murid saya yg cetaknya. (Ya.) Saya hanya beri khutbah, kemudian mereka mentranskripsikan dan mencetaknya. (Mereka malah cetaknya dengan tujuh atau lapan warna.) (Akan ada sebuah buku, sesuatu macam buku yang...) (Buku di sana itu adalah untuk...) Untuk dua orang lelaki budiman ini? (Ya.) Baiklah. Sediakan… Kamu sediakan itu… Tong (…). (Ya, ia sudah disediakan.) Sediakan sesuatu yang berbeza untuk dua orang ini. Dua orang ini sudah menerima itu di Waikiki. (Ya.) Dua orang ini seharusnya berbeza. Maka berikan lebih banyak sikit kepada dua orang yang lain. (Baiklah.) Atau berikan dua set tambahan itu kpd dia Semua orang yg lain mendapat yg sama. Beri dua set tambahan kpd dua orang itu saja. Faham? (Faham.) Kemudian buat secara sama seperti di Waikiki. Faham? Yang di Hawaii itu.

Apa yang kamu ketawai? (Saya rasa lucu.) Huh? (Dia rasa gembira.) (Mungkin dia gembira kerana melihat Guru gembira.) Okey. (Lebih tinggi sikit.)

Terbang! Pulang ke Syurga… Tak mengapa. Cantik nota ini. Sini, berikannya kepada saya. Berikan itu kepada saya.

Jika kamu tergesa-gesa, biarlah saya tahu. (Kami gembira hanya dengarnya.) Kamu dapat dengar secara percuma. Lepas ini mungkin kamu kata, “Dia tidak biar saya pulang.” Baiklah, tak mengapa.

Baiklah. Biar kita tidak katakannya lagi. Perlahankan bunyinya. Peralatan ini tak begitu baik. Baiklah, tak apa. Biarkannya saja. Okey, baiklah. Bersabarlah buat masa ini. Kali ini bukan yg sebenar. Kemudiannya apabila saya keluarkan muzik ini, saya akan berinya kpd kamu. Okey? (Ya.) Setelah muzik ini siap, saya akan berikannya kepada kamu. (CD.) Apabila ia ada dalam CD, saya akan berikan satu kepada kamu. Ya. Tidak, tidak, lupakannya saja. Ini hanyalah versi sementara. Tunggu sehingga saya nyanyikannya dengan betul… (Kami mengambil gambar ini untuk dihantar kepada Guru dan kami akan ada sesuatu utk disiarkan juga.) Baiklah. Adakah mereka menari? Biarlah saya tahu bila nak mula bernyanyi

Apabila Dia berbisik ke telingamu. Buatnya lebih kuat sikit. Lagu Kasih Sayang sejak zaman dahulukala, zaman dahulukala Kamu tak bernyanyi ke? ...zaman dahulukala

Ini perlukan iringan korus yang besar untuk buatnya baik, menyeronokkan. Engkau tahu bahawa engkau... Saya tiada mood hari ini, jadi tidak bernyanyi dengan baik. Saya akan nyanyikannya dengan bersahaja saja.

Engkau tahu, engkau tahu bahawa engkau orang tersayang, orang tersayang bintang Syurga. Oh! Tidak, tidak. Teruknya kumpulan muzik ini. Tak kedengaran baik, huh? Tidak baik. (Mungkin kerana tiada kesan gema. Kita perlukan itu untuk bernyanyi.) Macam tu. Ini tidak betul. Lihatlah, ini kerana ia tiada bunyi nada gema itu.

Tak apa, berhenti. Itu akan buat saya mendapat malu. (Guru akan mendapat malu.) Tidak, mungkin orang rasa saya tidak bernyanyi dengan baik. (Peganglah mikrofon, Guru.) Ah! Lupakannya saja. Bila? (Guru, buatlah persembahan muzik untuk semua orang nikmati.)

(Dua orang ini berjaya ke peringkat akhir) Tak mengapa. (Anugerah akan disampaikan pada minggu depan.) Oh! Benar ke? Mereka pasti sangat berbakat, huh? (Mungkin Guru boleh berikan hadiah kepada pemenang, penyanyi terbaik.) Oh! Benar ke? (Ya.) (Guru boleh hantar hadiah kepada pemenang tempat pertama.) (Ya, dah tentu.) (Kemudian Guru boleh beri kami sesuatu untuk dipegang sementara berdiri. Guru boleh serahkannya kepada kami untuk dibawa keluar…) Baiklah. Baiklah, itu boleh. (Jangan berikan benda itu. Benda itu tak berkaitan dengan kerja bantuan bencana.) (Tidak, benda itu bukan utk amal jariah.) Benar ke? Jadi tidak? Saya tidak harus berikan apa pun? (Tidak) (Lebih baik tidak.) Mengapa tidak? Tidak, huh? Mengapa setiap orang ada pendapat yang berbeza? Apa yang harus saya buat sekarang? Jadi haruskah saya beri sesuatu atau tidak? (Kita bercakap tentangnya untuk seronok-seronok saja tetapi…) (Jika Guru nak memberi, maka memberi apabila komuniti Âu Lạc (Vietnam) menjalankan kerja sosial.) (Kerja amal.) (Ya, kerja amal. Orang-orang ini sudah pun penyanyi yang berjaya, jadi tak perlu berikan apa-apa kepada mereka lagi.) (Tetapi Vietnam Post berikan enam trofi.) (Tempat pertama, kedua dan ketiga bagi wanita serta tempat pertama, kedua dan ketiga bagi lelaki. Itu hiburan saja. Itu tak benar-benar bantu mereka.) (Tetapi ada lebih daripada itu, ada banyak sebab. Khabarnya itu untuk seronok-seronok saja.) (Kerana perkara itu untuk seronok-seronok saja.) Oh! (Itu lebih kepada hal peribadi.) (Itu untuk seronok-seronok saja.) Biarkan mereka saja. Itu tetap lebih baik, lebih baik daripada mereka pergi buat sesuatu yang buruk. (Itu sesuatu yang sentiasa mereka lakukan.) (Ini sesuatu yang berbeza.) (Itu pilihan mereka. Mereka perlu uruskannya.) Baiklah, mari kita mengundi. (Itu terpulang kepada mereka.)

Haruskah kita beri anugerah atau tidak? Mereka yang sokong pemberiannya, angkat tangan. (Lebih baik tidak. Saya mengundi ‘tidak’.) Mengundi ‘tidak’? Okey, okey, demokratik. Jika kamu kata jangan memberi, maka kita takkan buat begitu. Sebenarnya saya berfikir nak berikan wang kepada mereka. Apa sekarang? Baiklah, jika kamu kata jangan memberi, maka kita takkan buat begitu. Okey. Saya ikut kata-katamu. Jika kamu kata beri, saya akan beri. Jika kamu kata jangan, saya takkan buat begitu. Senang. (Guru, lebih baik berikannya kepada akhbar miskin sebaliknya.) Akhbar mana adalah miskin? (Keempat-empat akhbar adalah miskin.) Keempat-empat akhbar adalah miskin? (Keempat-empat akhbar adalah miskin, Guru.) Okey, baiklah. (…), kamu boleh berikan seribu dolar kepada setiap daripada mereka. Masukkannya ke dlm sampul merah. (OK)

Orang dalam kewartawanan biasanya miskin, huh? Umumnya, wartawan adalah miskin. Tetapi kita ada… (Miskin ialah karma kami, Guru. Itu karma, jadi kami miskin.) Kita ada maruah. (Ya.) (Guru tahu akan saya. Dua orang lelaki ini mula bekerja dalam kewartawanan dengan lagi awal. Kami telah bekerja dalam kewartawanan selama kira-kira 30 tahun tetapi kami berhenti kemudiannya.) (Kami tak dapat meneruskannya.) Kita lakukannya untuk maruah, bukan kerana kita… (Tetapi dah hampir setahun sekarang…) Ingin sekali melakukannya semula, huh? (Selepas berehat dengan begitu lama, kami terus masuk semula.) Tetapi setelah masuk, itu kerja keras.)

Photo Caption: “Sebarang Benda Cantik Dicipta untuk Mengingatkan Sesiapa Saja tentang RUMAH SEBENAR!”
Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (6/12)
1
Kata-kata Hikmah
2026-10-19
1563 Tontonan
2
Kata-kata Hikmah
2026-10-20
1344 Tontonan
3
Kata-kata Hikmah
2026-10-21
1021 Tontonan
4
Kata-kata Hikmah
2026-10-22
880 Tontonan
5
Kata-kata Hikmah
2026-10-23
697 Tontonan
6
Kata-kata Hikmah
2026-10-24
642 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun