Butiran
Baca Lebih Lanjut
Dengan minda yang betul-betul harmoni, kita dapat berpadu dengan arus kesedaran yang lebih besar dan melepaskan diri perseorangan untuk pulang ke alam Kasih Sayang Abadi.Apabila Dia berbisik ke telingamu Lagu Kasih Sayang sejak zaman dahulukala, Engkau tahu bahawa engkau Orang tersayang bintang syurga!Apabila Dia menghiasi seluruh dirimu Dengan cahaya yang hancurkan pemikiran gelap, Engkau tahu bahawa engkau Orang tersayang galaksi jauh! Aku dan engkau, anak kepada Yang Maha Tinggi, Jom kita pergi, jom kita lari, jom kita terbang. Terbang! Terbang! Terbang! Pulang ke tempat asal kita. Terbang! Terbang! Terbang! Pulang ke tempat asal kita. Terbang! Terbang! Terbang! Pulang ke Syurga...Apabila Dia kurniai Engkau Kasih Sayang Abadi, Oh! Kegembiraan yang berkekalan melangkaui Tiga Alam Engkau tahu bahawa engkau akan menjadi Ratu Hierarki Firdausi! Aku dan engkau, anak kepada Yang Maha Tinggi, Engkau tahu bahawa engkau adalah Yang Tertinggi! Engkau tahu bahawa kita adalah Yang Tertinggi! Kita ialah Mahaguru!Matahari telah bahagikan kemegahannya, Sekarang senja telah tiba. Di taman diliputi tumbuhan liar, bunga dara melipat kelopak sunyinya. Labah-labah tergesa-gesa menjalin sarang seriusnya. Sayang, tidurlah… Aku di sini untuk mengipasmu! Hatiku terbuka untuk biarkan angin sepoi-sepoi berlalu Seratus burung lamunan berkerumun di katilmu Sayang, tidurlah, nikmati mimpi sederhana Dedalu di kedua-dua tebing mendendangkan dodoi untukmu… Sayang, tidurlah… Sayang, tidurlah, nikmati mimpi sederhana Dedalu di kedua-dua tebing mendendangkan dodoi untukmu… Bayang pokok tinggi pun menjadi bingung. Berapa banyak musim kesusahan telah kau lalui? Sekarang letaklah kepalamu pd tanganku, sayang Dan biar aku dengar buah kesayuan yang masak gugur…Dilahirkan, wujud, kemudian hilang, manusia ibarat pengembara, sentiasa datang dan tinggalkan rumah inapan hidup dalam kitaran kelahiran semula yang tidak berhujung. Seperti satu titisan hujan di cakerawala yang luas, seperti pantulan bulan di permukaan sungai, segalanya berlalu dengan pantas sementara seseorang masih tidak mengetahui asal usul mereka. Bertuahnya mereka yang diberkati oleh santo bermakrifat untuk mengenali diri sebenar dan memperoleh hidup abadi.Sementara kau belayar di dalam feri, bulan masih tidur Sungai ialah rumah inapan, dan bulan ialah pengembara bebas tanpa kerunsingan Sementara kau belayar di dalam feri, bulan masih muda Sungai tidak mengetahui bahawa suatu hari nanti bulan akan menjadi tua.Sementara kau belayar di dalam feri, sekarang bulan sudah tua Bulan terhutang budi selama-lamanya, tetapi sungai tidak dapat ingatSementara kau belayar di dalam feri, mendengar cerita sungai “Wahai Bulan, betapa tidak prihatinnya engkau! Ke mana-mana pun engkau pergi, segera kembalilah.”Sementara kau belayar di dalam feri, hidup ialah perayaan yang meriah Aku akan menjadi rumah inapan, menunggu kunjunganmuMelalui tempat ini, mengapa kau tergesa-gesa? Aku akan menjadi batu buntar yang bergolek mengikut langkah anggunmu.Menghiburkan diriku dalam hidup, tidak tahu di mana asal usul kita Bayang panjang pokok pada waktu petang menghilang, dan begitu juga dengan bayangku Menghiburkan diriku dalam hidup, tidak tahu di mana asal usul kita Memeluwapkan diriku jadi titisan hujan yang menyejat di bawah cakerawala.Apabila hati jatuh cinta dan percintaan yang memuaskan berada dalam jangkauan, ruang dan masa menjadi bertenaga dan berwarna-warni. Seluruh dunia terkandung dalam mata, senyuman dan denyutan jantung waltz kekasih.Sejak aku cintaimu, Negara ini menjadi Tempat paling indah di planet ini! Burung berkicau riang Di tamanku. Mengapa aku tidak pernah dengarnya Sebelumnya?Sejak aku cintaimu, Aku tidak mahu berada di kota lain; Apa itu pencemaran dan kepadatan habitat? Peduli apa sedikit pun?Di mana-mana tanpa kau Akan menjadi gurun Macam mana pun. Mana dapat aku bernafas Dengan segala ketenangan dan udara segar pun?Sekarang aku tahu tempat terbaik Ialah tempat kau dan kekasihmu berkongsi Perasaan yang dalam dan kelembutan!Walaupun kau tidak lagi berada di sisiku Aku tinggal di sini dengan harapan! – Tiada pilihan macam mana pun – Di mana-mana kau berada ialah syurgaku! Hanya berada lebih dekat dengan kau sudah cukup. Aku tidak dapat pergi dari situ! Kaki dan perasaanku telah berakar umbi Seperti pokok dan tumbuhan di tamanku, Tidak dapat bergerak dengan kemahuan sendiri. Mungkin suatu hari nanti Seseorang atau sesuatu akan menanamnya semula.Tetapi buat masa ini aku dapat lihat masa depan terlalu jauh! Atau?!... Aku tidak berani berfikir – Tetapi mungkin kau akan kembali Pada suatu senja indah! Semenjak aku cintaimu.Wau, wau! Terima kasih banyak-banyak. Indahnya itu. Terima kasih. Sangat indah. Terima kasih.











