Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
(Halo, saya Kathryn Hudson. Saya di sini bersama penggubah, konduktor dan sarjana yang menangi anugerah, Peter Boyer yang terlibat dalam konsert amal ‘Satu Dunia… Aman Damai Melalui Muzik’ di Auditorium Shrine. Selamat datang, Peter. Terima kasih kerana berada di sini.) Terima kasih. Seronok berada di sini. […](Semasa kamu menggubah muzik untuk puisi Suma (Mahaguru) Ching Hai, ‘Melodi Cinta Kasih 4’ adakah kamu ada peluang sepenuh untuk melakukannya dgn macam mana pun yg kamu mahu?) Ya. Sebenarnya saya baru nak mulakan proses pengorkestraan. Saya baru menyiapkan skor pendek, iaitu empat baris dan baris yang akan dinyanyikan oleh penyanyi, bagi ini seorang penyanyi soprano. Jadi saya cuba cari struktur puisi ini, padankan itu dengan muzik, mencipta skor pendek yang pada asasnya seperti piano dan suara. Sekarang langkah seterusnya dalam proses ini adalah mengorkestrakan itu dan memutuskan apa akan dimainkan oleh setiap anggota orkestra 60 orang ini. […](Inginkah kamu berkongsi mana-mana daripada puisi ini?) Dah tentu. Ia disusun dalam kuatrin, kumpulan empat baris, jadi saya menyusun muzik saya dalam kumpulan empat baris ini. Contohnya, tema berulang dalam puisi ini ialah tiga perkataan ‘Berapa batu?’ Ini berulang beberapa kali. Kali pertama adalah dalam kuatrin kedua di mana puisi ini berbunyi, “Berapa batu ke sebelah barat? Berapa batu ke syurga? Berapa batu ke hatimu? Berapa batu ke hatiku?” Jadi sebenarnya saya mengambil tiga perkataan itu dan membuat itu menjadi tema lagu. […]Sangat bagus. Ini akan menjadi konsert yang mengagumkan. Mengagumkan, dan tetamu yang sangat menakjubkan, Bill Conti, Fred Karlin, Gaelic Storm yang akan persembahkan muzik daripada Titanic juga (Betul.) serta Al Jardine, Keluarga & Kawan. Ia akan menjadi campuran. Saya tak dapat memikirkan konsert lain di mana begitu banyak jenis muzik yang berlainan akan bersama di atas pentas. Jadi saya rasa itu mencerminkan tajuk ‘Satu Dunia’ dengan baik sekali. […](Bagaimana perasaanmu bekerja bersama Pertubuhan Mahaguru Ching Hai Antarabangsa?) Itu pasti kumpulan orang yang sangat berdedikasi. Saya tak rasa mereka begitu banyak tidur. Saya rasa biasanya mereka bekerja siang dan malam. Saya rasa itu pasti sejenis perasaan yang lebih mesra daripada yang kita rasai daripada hanya bekerja untuk pelanggan biasa. […]











