Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Apakah yg berlaku apabila kita diinisiasi oleh Guru Bermakrifat Sebenar? Muzik mula bermain tetapi ia bukan datang daripada kaset atau fon kepala saya. Sebaliknya, ia bergema dari dalam diri saya. […]
Terdapat jauh lebih banyak dalam hidup daripada realiti fizikal saja tetapi hanya sedikit orang dikurniai penglihatan dalaman untuk dedahkan alam tak nampak. Melalui amalan meditasi Quan Yin dengan Bimbingan tertinggi Mahaguru Ching Hai (vegan), alam akhirat dilihat oleh ahli-ahli persatuan kami (semuanya vegan). Dalam siri kami, Visi Dalaman, kami akan berkongsi dengan anda sesetengah pengalaman luar biasa mereka.Inisiasi oleh Guru bermakrifat ialah suatu pengalaman di mana kita berhubung dengan Kuasa Syurga dalaman. Sejak waktu itu, kehidupan kita dan orang tersayang termasuk teman haiwan kita tidak akan sama lagi. Mari kita dengar visi dalaman yg dikongsi oleh ahli persatuan Costa Rica kami selepas dia menerima inisiasi daripada Mahaguru Ching Hai Paling Berharga kita.Nama saya An. Saya saudara seguru dari Costa Rica. Pada waktu itu, saya tinggal di San José, Costa Rica di mana saya hadiri universiti dan mulakan kerjaya saya. Disebabkan Berkat Guru, saya dapat menerima inisiasi pada April 1997. Saya masih ingat pada minggu saya diinisiasi, saya pulang ke rumah. Rumah saya terletak di wilayah lain, kira-kira empat jam perjalanan dari San José. Saya menaiki bas utk perjalanan pulang. Setelah duduk di tempat duduk, saya pasang fon kepala untuk dengar dikir Buddha Guru.Tetapi sesuatu yang memang tidak dapat dijelaskan telah berlaku. Muzik mula dimainkan tetapi ia bukan datang daripada kaset atau fon kepala saya. Sebaliknya, ia bergema dari dalam diri saya. Ia datang dari hati saya, bersatu dengan saya dan menenangkan saya dengan cara yang tidak dapat diperikan. Saya habiskan seluruh perjalanan mendengar melodi Guru yang muncul dari lubuk hati saya.Apabila tiba di rumah, saya disambut oleh haiwan kesayangan saya – orang-anjing jenis Golden Retriever berwarna coklat yang cantik. Dia datang menyambut saya seperti biasa tetapi sesuatu yang luar biasa dan berbeza telah berlaku. Dia memandang saya seolah-olah dia nampak TUHAN berdiri di sisi saya. Dia mula berlari ke sana ke mari dalam keadaan euforia yang besar, melompat kegembiraan dan mengelilingi saya seolah-olah dia menari. Saya kagum dengan cara orang-anjing saya bereaksi apabila nampak saya. Saya seronok melihat dia dan saya rasa bahawa ini berkaitan dengan Guru dan inisiasi saya baru-baru ini. Saya berada di rumah bersama ibu bapa, adik-beradik dan rakan anjing saya selama seminggu dalam keadaan penuh kasih sayang dan berkat, berkongsi masa bersama keluarga dan orang-anjing saya sebelum kembali ke San José.Beberapa minggu selepas kembali ke San José, saya nampak orang-anjing tersayang saya dalam mimpi pada suatu malam. Saya ternampak Guru berjalan melalui halaman rumah saya, mencari orang-anjing saya. Dia jumpainya, mengangkat dan memeluknya. Saya nampak Guru memeluk orang-anjing saya, mendukungnya dengan penyayang untuk beberapa ketika. Kemudian saya lihat dia penuh dengan Cahaya keemasan. Cahaya itu memancar di sekelilingnya, sangat terang dan gemilang. Kemudian Guru melepaskan dia dan biarkan dia menaik. Dia penuh dengan Kemegahan TUHAN. Saya bangun pada keesokan paginya dengan pasti bahawa orang-anjing saya telah meninggal. Tidak lama kemudian, saudara saya Rolando menelefon saya, berkata bahawa orang-anjing saya telah meninggal tanpa dijangka. Saya menangis tapi juga kerana gembira, tahu bahawa Guru telah selamatkan dia dan memenuhi dia dengan Cahaya dan Ketenangan Firdausi. Saya amat berterima kasih kpd Guru saya atas pengalaman ini dan banyak yang lain yang saya alami sejak inisiasi. Beliau telah mengubah hidup saya dan hidup orang yang saya sayangi menjadi lebih baik.Kisah yang begitu mengharukan! Kita sangat gembira mendengar bahawa teman anjing An pun begitu disayangi oleh Mahaguru Ching Hai sehingga dia dibawa ke tempat yang ada Cahaya dan Ketenangan Firdausi di hujung hayatnya. Visi ini mengesahkan kata-kata Mahaguru Ching Hai.Master: Kuasa di dalam diri kita telah terbuka selepas inisiasi. Tiada apa-apa yang dapat dibandingkan dengannya. Ia tak dapat diperikan, hebat. Sebab itulah kamu boleh ada lima generasi, enam, tujuh atau lapan generasi yang mendapat pembebasan, malah sembilan generasi, seratus generasi. Kawan, orang-anjing dan -kucing kamu, semuanya mendapat pembebasan. Lebih banyak lagi. Kemudian kita… Sesiapa yang lihat kita, sesiapa yang sentuh kita, sesiapa yang ada hubungan dgn kita akan mendapat manfaat yang sukar dipercayai.Ketika melafazkan Nama Suci dan Hadiah di taman, Jia-Yu nampak makhluk halus yg berkata bahawa mereka mendapat pembebasan melalui mendengarnya.“[…] Mereka semua berkata bahawa mereka telah mendapat pembebasan setelah dengar saya melafazkan Nama Suci dan Hadiah secara senyap…” — pemerian Jia-YuSetia gambarkan berkat keluarga dan kelegaan daripada penderitaan, menganggap pengalaman ini disebabkan Guru membebaskan beberapa generasinya pada waktu inisiasi.“[…] Saya percaya semua ini disebabkan Guru membebaskan beberapa generasi kami pada waktu inisiasi. […]” — pemerian SetiaDi pusat perlindungan vegan anak murid, orang-haiwan hidup tenang dengan siaran spiritual. Sesetengahnya pancarkan Cahaya yang cantik ketika meninggal.“[…] Kita ada Guru yang sama. Kita mesti beramal dengan baik, pulang ke Syurga dan tidak lahir semula lagi. […]” — Kata-kata penjaga yang dilaporkan dalam Kata Hati orang-haiwanDalam suluk tujuh hari yang pertama, Chiao-Heng nampak Guru memimpin nenek moyangnya menuju pembebasan. Keluarga itu kemudiannya alami berkat spiritual selanjutnya.“[…] Kali pertama saya hadiri suluk tujuh hari, saya nampak Guru memimpin nenek moyang saya menuju pembebasan. […]” — pemerian Chiao-HengMeng-Lu nampak teman anjing yang diselamatkan muncul di pintu Syurga dalam bentuk manusia yang gembira, memakai kad inisiasi Quan Yin, semasa meditasi berkumpulan.“[…] Pintu Syurga terbuka luas dan semua orang-anjing muncul dalam bentuk manusia. […]” — pemerian Meng-LuNenek moyang Indrawati meminta bantuan ketika bermeditasi. Selepas diarahkan kepada Guru, segalanya menjadi terang dan mereka tidak kembali lagi.“[…] Dengan serta-merta, segalanya menjadi terang. … nenek moyang saya tidak datang berjumpa dengan saya lagi ketika bermeditasi. […]” — pemerian IndrawatiDAN LAIN-LAIN…Kadangkala Berkat Kuasa Guru adalah halus. Seterusnya, seorang ahli persatuan Australia akan berkongsi dengan kita bagaimana dia dapati perkara kecil pada hari-hari yang nampaknya biasa memang jelas merupakan tanda dari atas.Guru dan pasukan Supreme Master Television yang dikasihi. Saya ingin berkongsi pengalaman peribadi kecil daripada upacara inisiasi pada 15 April 2026 di Sydney. Dengan Berkat Guru, saya berpeluang untuk bawa anak lelaki yang berusia enam tahun ke Sydney untuk menerima separuh inisiasi. Pada pagi itu, hari gelap dan hujan, tetapi apabila upacara bermula, hujan berhenti dan sinaran matahari yang panas muncul. Mendongak ke angkasa, saya rasai perasaan panas, penuh kasih sayang, seolah-olah Kasih Sayang Guru memenuhi seluruh tempat itu. Saya mula bermeditasi dan roh saya segera masuki keadaan penuh Kasih Sayang. Pada ketika itu, saya tidak rasai apa-apa pun kecuali pengalaman Kasih Sayang Guru. Ini berlanjutan sehingga anak saya jagakan saya apabila dia bersedia untuk masuk ke dalam utk separuh inisiasi Selepas menerima inisiasi dan pulang ke rumah, anak saya sentiasa berdoa dan bermeditasi tepat pada masanya sebelum masuk tidur. Dia sendiri melakukan ini sepenuhnya, sesuatu yang tidak pernah dibuatnya sebelum ini. Saya amat berterima kasih kepada Guru kerana sekarang seluruh keluarga saya – saya, ibu dan anak – boleh datang ke dewan meditasi bersama-sama. Ini kegembiraan yang paling dalam bagi saya kerana seluruh keluarga saya berada di jalan pulang ke Rumah kepada TUHAN Yang Maha Berkuasa. Saya bersyukur kpd Tiga Paling Berkuasa Yang Bersatu Semula: TUHAN Yang Maha Berkuasa, Tim Qo Tu dan Anak TUHAN. Yang benar, Anak murid Thanh MaiIni hanyalah dua daripada banyak contoh kuasa menerima inisiasi yang menaikkan kita daripada Mahaguru Ching Hai Paling Terang kita.Master: Sewaktu inisiasi, kamu terus nampak Cahaya (Syurga dalaman) dan terdengar Bunyi. Kamu diajar dari dalam. Sebab itulah karma hayat lampaumu dapat dihapuskan dengan serta-merta dan kamu mendapat pembebasan dalam satu hayat. Faham? Itu bagaimana kamu mendapat makrifat dengan serta-merta. Kecuali kaedah ini, saya tak tahu kaedah lain yang boleh begitu pantas.Bantuan spiritual ialah bantuan terbaik kerana setelah kita bantu seseorang dari segi rohani, mereka dapat bantu diri sendiri, kemudian mereka menjaga keperluan fizikal sendiri juga. Pada permulaannya, mungkin Guru, Mahaguru Ching Hai bantu kamu pada waktu perlu dari segi fizikal atau rohani tapi kemudiannya kamu bantu diri sendiri, kemudiannya kamu bantu semua orang yang lain. Ibu bapa kamu, ibu bapa, datuk nenek, nenek moyang kamu yg telah meninggal, ahli keluarga masa depan kamu pun, semuanya kamu jaga. Hari inisiasi ialah hari mereka mendapat pembebasan. Jika mereka sudah berada di alam lain, mereka akan dinaikkan ke alam penuh kebebasan dan pengetahuan yang lebih tinggi. Jika mereka berada di planet ini, mereka akan dibantu dari setiap segi yang boleh, yang mungkin bagi planet ini. Kamu sendiri pula masuki Kedudukan Santo, orang sejati yang berupaya, diri sebenar kita.Kami berterima kasih kepada ahli-ahli Persatuan Mahaguru Ching Hai Antarabangsa yang dipaparkan dalam rancangan hari ini kerana berkongsi kisah mereka dan kami harap mereka ilhami anda untuk jalankan amalan spiritual dan sertai Keluarga Quan Yin ceria.Untuk maklumat lanjut tentang Meditasi Quan Yin, sila kunjungi SupremeMasterTV.com/Meditation










